Status pemuliharaan Kera_bekantan

Bekantan dinilai sebagai spesies Terancam dalam Senarai Merah IUCN dan tersenarai dalam Apendiks I CITES. Jumlah populasinya telah merosot sebanyak lebih daripada 50% dalam 36–40 tahun yang lalu pada tahun 2008 akibat kemusnahan habitat dan kegiatan memburu di sesetengah tempat. Malah populasinya berpecah-belah: populasi terbesar yang tinggal terdapat di Kalimantan; dan ada lagi sejumlah kecil di Sarawak, Brunei dan Sabah.[2] Bekantan dilindung oleh undang-undang di semua wilayah Borneo. Di Malaysia, ia dilindungi oleh beberapa undang-undang temasuklah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (peringkat persekutuan), Ordinan Perlindungan Hidupan 1998 (Bab 26) dan Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (peringkat negeri Sabah).

Bekantan terdapat di 16 bidang kawasan terlindung, iaitu: Taman Nasional Danau Sentarum, Taman Nasional Gunung Palung, Cagar Alam Kendawangan, Taman Nasional Kutai, Hutan Lindung Lesan, Cagar Alam Muara Kaman, Cagar Mandor dan Taman Negara Tanjung Puting di Indonesia; Taman Negara Bako, Hutan Simpan Gunung Pueh, Hutan Simpan Kabili-Sepilok, Taman Negara Klias, Rizab Hidupan Liar Kulamba, Santuari Hidupan Hilir Liar Kinabatangan, Santuari Hidupan Sungai Samunsam dan Hutan Rizab Ulu Segama di Malaysia.[2]